Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kanak-kanak sering terdedah kepada pelbagai bahaya di dalam rumah kerana sifat ingin tahu mereka yang tinggi dan kurangnya kesedaran tentang risiko. Antara bahaya yang biasa termasuklah litar elektrik yang tidak dilindungi, peralatan tajam, bahan kimia berbahaya dan perabot yang tidak stabil.
Tambahan, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan kartun yang ditonton, menyebabkan mereka cenderung meniru apa yang dilihat dan didengar, yang boleh meningkatkan risiko mereka terdedah kepada bahaya tersebut.
Semalam, seorang pengguna TikTok berkongsi satu adegan dalam siri animasi tempatan popular yang didakwa menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak di mana perbuatannya itu boleh mengundang bahaya.
Walaupun ada yang mengatakan itu hanyalah perkara kecil dan sekadar animasi, tetapi tidak bagi Jacklee Zolkarnain kerana ia melibatkan isu keselamatan.
“Menyirap pula saya tengok bapa mereka ini. Kartun ini menunjukkan yang dia membuat tindakan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi kalau ditiru oleh anak-anak.
“Dalam adegan itu, rumah mereka terputus bekalan elektrik. Si bapa pergi ke Distribution Box (DB) dan cuba menolak suis utama ke atas beberapa kali.
“Bila dah tolak sekali dan elektrik masih tidak bersambung. Dia tidak sepatutnya menolak suis utama itu berkali-kali. Bimbang kalau berlaku perkara tidak diingini.
“Kemudian dia pergi ambil pita pelekat untuk menahan suis utama dalam keadaan ‘On’. Sepatutnya jangan dipaksa untuk berada dalam kedudukan tersebut. Jika berlaku litar pintas ia boleh menyebabkan kebakaran. Kalau budak-budak ikut perbuatan itu, boleh mengundang bahaya.
“Sepatutnya jika tiada bekalan elektrik, tutup semua suis dalam rumah dan kemudian naikkan semula suis utama dalam DB. Bukannya paksa suis utama tersebut ke atas berulang kali. Bila suis tersebut menendang, itu bermakna ada sambungan plug yang tidak kena. Bahaya kalau perbuatan ini ditiru oleh kanak-kanak,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen, isu tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang mempertikaikan teguran itu.
‘Saya sokong’

‘Isteri tak bagi nasihat’

‘Budak panjang akal, silap-silap boleh panjat’









