Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki yang menghidap HIV tergamak menularkan penyakit itu kepada teman wanitanya yang kemudian menjadi isteri dan ibu kepada anaknya.
Lelaki itu turut meminta isterinya menyediakan aktiviti persundalan untuk mendapatkan wang tunai segera, setelah dia mengetahui wanita itu menghidap HIV selepas dijangkiti daripadanya.
Pada 22 Julai lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu atas kesalahan pemerdagangan seks.
Tertuduh mengaku bersalah atas empat pertuduhan di bawah Piagam Wanita kerana hidup dengan pendapatan kerja seks, memaksa teman wanitanya menyundal dan menawarkan perkhidmatan penyundalan melalui aplikasi Telegram.
Sebanyak 14 lagi pertuduhan masih dalam pertimbangan untuk dikenakan hukuman.
Fakta Kes
Mengikut fakta kes, tertuduh bertemu dengan isterinya melalui media sosial dan mula menjalinkan hubungan sejak 2014. Pasangan itu tinggal bersama dan masing-masing mempunyai pekerjaan. Tetapi tidak mampu untuk membayar sewa.
Tertuduh memberitahunya, dia menghidap HIV positif dan pada tahun yang sama dia menyarankan wanita itu menyediakan aktiviti persundalan untuk mendapatkan wang tunai dengan segera. Wanita itu pada mulanya tidak bersetuju, tetapi menukar fikirannya setelah dipujuk.
Dari 2014 hingga 2018, pasangan tersebut akan pergi ke Geylan, di mana wanita itu akan menunggu lelaki itu mencari pelanggan unttuknya. Setelah mendapat pelanggan, dia kemudian akan mengiringinya ke hotel untuk dilayani oleh teman wanitanya.
Setiap layanan yang diberi akan dikenakan caj bermula dari kadar S$70 hingga S$90 (RM241 hingga RM310) bergantung pada jenis perkhidmatan yang disediakan. Hasil yang diperolehi akan digunakan bersama untuk perbelanjaan makanan dan sewa.
September 2017, wanita itu dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap HIV akibat berjangkit daripada teman lelakinya. Tiada sebarang tanda penyesalan dan mereka masih meneruskan aktiviti persundalan.
Lelaki itu memberi peringatan kepada teman wanitanya agar tidak mendedahkan penyakit yang dihidapi itu kepada pelanggan kerana bimbang punca pendapatan mereka terjejas. Wanita itu bersetuju meskipun tahu risiko boleh menularkan HIV kepada pelanggannya.
Pasangan berkenaan tahu yang mereka perlu memaklumkan kepada pasangan seksual tentang risiko jangkitan HIV sebelum melakukan aktiviti seksual. Selain itu, wanita tersebut tidak menjalani rawatan antiretroviral (ART) dari Februari 2018 hingga Mei 2018.
Dia berhenti melakukan aktiviti persundalan pada tahun yang sama selepas mendapati dirinya mengandung anak lelaki itu. Dan Julai 2018, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
Dipaksa teruskan walaupun dah kahwin & lahirkan anak
Pada 2019, tertuduh meminta isterinya melakukan semula aktiviti persundalan kerana perbelanjaan keluarga semakin meningkat selepas kelahiran anak mereka. Isterinya tidak bersetuju, namun mengalah selepas dipujuk oleh suaminya setiap hari. Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dia faham bahawa mereka sangat memerlukan wang.
Kali ini, tertuduh mencari pelanggan dengan cara mengiklankan isterinya melalui aplikasi Telegram. Dia menyamar sebagai isterinya dan berhubung dengan pelanggan, memaklumkan tentang kadar dan menetapkan janji temu di hotel atau di ruang tamu kediaman mereka. Adakalanya aktiviti terkutuk itu dilakukan di rumah tatkala anak meerka sedang tidur.
Pada waktu lain, tertuduh akan membawa anaknya ke tempat lain sementara menunggu pelanggannya selesai. Pelanggan turut diberikan alat pencegah kehamilan dan langsung tidak akan mendedahkan isterinya menghidap HIV. Walau bagaimanapun, bukan semua pelanggan yang menggunakan alat tersebut.
Disember 2020, pasangan itu menghadapi masalah rumah tangga. Tetapi aktiviti persundalan mereka masih diteruskan. Sehingga pada 15 Mac 2022, tertuduh meminta wanita itu untuk melakukan aktiviti terkutuk tersebut. Namun dia menolak dan menegaskan dia tidak mahu lagi melakukan perbuatan tersebut. Malah dia akan memaklumkan kepada bapa tertuduh tentang perkara itu.
Tertuduh merayu agar jangan melibatkan bapanya dalam hal ini. Tetapi wanita itu nekad membuat laporan polis.
Walaupun tertuduh kerap memadam perbualan dengan pelanggannya, siasatan mendapat dia telah berhubung dengan sekurang-kurangnya 12 bakal pelanggan di aplikasi itu antara Disember 2021 dan Mac 2022.
Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara 21 hingga 22 bulan terhadap tertuduh.
Tertuduh didakwa menggunakan kediamannya untuk melakukan aktiviti persundalan dan mengarahkan isterinya melayani pelanggan biarpun tahu keadaan kesihatannya yang menghidap penyakit HIV.
Tidak diketahui sama ada wanita terbabit akan didakwa bersama suaminya atau telah menjangkiti penyakit HIV itu kepada pelanggannya.
Sumber: CNA








