Lelaki mengadu tidak sihat, dibelasah majikan tanpa belas kasihan | The Reporter

Lelaki mengadu tidak sihat, dibelasah majikan tanpa belas kasihan

Lelaki dibelasah majikan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki didakwa dipukul oleh individu dipercayai majikannya selepas mengadu sakit dalam satu kejadian di sebuah jeti di Pulau Ketam, Klang. Video insiden itu tular di media sosial pada Jumaat, mencetuskan kemarahan netizen.

Lapor Sinar Harian, video berdurasi 54 saat itu menunjukkan mangsa baru tiba di jeti tersebut dan memberitahu individu terbabit mengenai keadaannya yang tidak sihat. Namun, individu yang duduk di atas tong ais itu kemudian bangun dan bertindak menumbuk mangsa berulang kali sehingga mangsa terjatuh.

Mangsa tidak berani melawan dan membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian. Tindakan suspek yang menyerangnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan, menuai kecaman netizen.

Di ruangan komen, ramai netizen mendesak agar pihak polis segera menyiasat insiden itu. Netizen turut berharap agar mangsa mendapat keadilan dan pelaku dikenakan tindakan sewajarnya.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Related Posts