Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Orang ramai selalu dinasihatkan mengunci pintu kereta apabila sekiranya menunggu di dalam kereta di mana-mana kawasan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kes culik, kes curi kereta, kes samun dan sebagainya.
Dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang wanita berkongsi detik cemas di mana pintu keretanya cuba dibuka oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia sedang menunggu di dalam kereta suaminya. Shazzy Wanie tidak menolak kemungkinan yang lelaki berkenaan cuba menculik dua orang anaknya ketika suaminya pergi ke kedai printing berhampiran.
TENGOK balik gambar anak yang sempat dirakam sebelum kejadian yang mendebarkan siang tadi. Rasa berdebar itu datang kembali. Alhamdulillah say dan anak-anak masih dilindungi Allah SWT.
Sewaktu lelaki itu keluar daripada kereta, sebenarnya saya dah mula rasa tak sedap hati dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Susah nak jelaskan tetapi perasaan seperti perlu berjaga-jaga itu datang tiba-tiba.
Sebab itu saya kongsikan pengalaman ini agar ibu bapa di luar sana tidak terleka seperti saya. Walaupun tinggal sekejap saja, walaupun ada orang dewasa temankan anak kecil dalam kereta, jangan sesekali luppa kuncikan semua pintu kereta. Ingat yang kalau benda nak jadi, sekelip mata pun boleh jadi.










