Lelaki ini dakwa susah cari makanan halalan toyyiba di Sabah, banyak guna gula putih, garam halus yang dianggap racun & sihir - The Reporter

Lelaki ini dakwa susah cari makanan halalan toyyiba di Sabah, banyak guna gula putih, garam halus yang dianggap racun & sihir

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sebuah video yang menunjukkan seorang individu berperwatakkan alim, memakai serban, mendakwa susah mencari makanan yang halal toyyiba di Sabah, tular di media sosial hari ini.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna X Pia (@PiaPinah_MH) pada awal pagi, Ahad, 7 Januari 2024.

Individu dalam video tersebut menegaskan bahawa, mencari makanan yang halalan toyyiba bukanlah tugas yang mudah, terutamanya di kedai-kedai makan. Beliau juga menyarankan orang ramai untuk memasak sendiri di rumah sebagai alternatif.

https://twitter.com/PiaPinah_MH/status/1743775273181737238

Pekerja kedai makan tak solat, tak tutup aurat

Menurutnya, kebanyakan pekerja di kedai makan tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat. Beliau juga mendakwa, kebanyakan mereka tidak menggunakan produk yang halalan toyyiba dan produk-produk itu pula dikilangkan daripada kilang pengeluar produk muslim, yang menjadikan sukar untuk mencari makanan yang halalan toyyiba.

“Jadi sebab itu tuan-tuan, memang saya menggalakkan tuan-tuan untuk makan di rumah, masak sendiri pun tak apa. Sebab apa? Contoh kita nak pergi kedai, kita nak makan.

“Kebanyakannya ramai pekerja yang tak solat, buka aurat. Kebanyakan mereka ini bukan menggunakan produk yang halalan toyyiba. Ataupun ada yang tanda halal, tapi bila tak pergi ke arah toyyiba tu, Allahuakbar.

“Mereka menggunakan produk-produk yang dikilangkan daripada bukan produk muslim. Sebab itu sukarnya untuk kita mencari makanan yang halalan toyyiba,” katanya.

Banyak guna gula putih, garam halus yang dianggap racun & sihir

Beliau juga menegaskan bahawa mencari makanan halalan toyyiba di Sabah adalah sukar. Menurutnya, kebanyakan kedai makan menggunakan gula putih dan garam halus, yang beliau anggap sebagai racun dan sihir kerana penggunaan teknologi dalam pembuatannya.

“Aku dekat Sabah ni, uish! Susah, susah tau tak nak cari makanan halalan toyyiba. Kalau korang nak pergi makan, memang susah gila.

“Sebab apa sukar? Sebabnya mereka menggunakan gula. Kebanyakan kedai mereka ini menggunakan gula putih, garam halus. Sebab ini adalah racun dan sihir. Sebab apa? Dia menggunakan teknologi.

“Gula putih dan garam halus ini, itulah yang membuatkan kita hari ini berpenyakit,” katanya.

Reaksi Netizen

Kenyataan individu tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Pia: “Betul gula garam boleh menyebabkan kita semua berpenyakit. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung. Jadi, kena import gula dan garam dari syurga barulah halalan toyyiba kan? Jadi, cadangan saya, kalau korang mau pergi Sabah, tolong bawa tong gas sendiri, gula garam sendiri, masak sendiri. Kesimpulannya kedai yang menyediakan makanan sedap ini adalah punca penyakit kepada manusia.”

Abah: “Power betul gam yang dia hisap kat Sabah ni.”.

Yan: “Ini kalau sakit, harap jangan pergi hospital. Benda teknologi, sihir semua tu. Sila kejung di rumah je la sampai sihat balik.”

Sha: “Habis kat rumah dia tak letak garam dan gula ke? Pastu macam mana dia tahu orang itu solat ke tidak? Dia perhatikan orang kat situ 24/7 ke? Takde life ke dia ni?”

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!