Lelaki dipuji kayuh basikal bawa anak istimewa naik Fraser Hill | The Reporter

Lelaki dipuji kayuh basikal bawa anak istimewa naik Fraser Hill

Anak istimewa
Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok wiradihan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ungkapan yang biasa kita dengar apabila menggambarkan hubungan antara kasih ibu dan ayah kepada anak-anak mereka.

Bagi anak perempuan pula, ayah adalah cinta pertama mereka.

Begitu juga kasih seorang ayah yang sentiasa mahu menggembirakan anak perempuan istimewanya, turut dirakam menerusi perkongsian TikTok wiradihan.

@wiradihan

Aku, anak syurga & Fraser’s Hill Kayuhan Demi Kebahagiaan BIKEISABLE Anak Syurga Luar Biasa 🔥 #bikeisable #lunastella #anaksyurgaluarbiasa #ProApparel #inclusiondisable #Disabledrunbikerun #CerebralPalsy #mycp

♬ Nur Nilam Sari – Search & Awie

Dihan, 17, anak syurga cerebral palsy ditatang oleh ayahnya dengan penuh kasih sayang. Dihan dibawa ayahnya bersama menaiki Bukit Fraser dengan mengayuh basikal.

Tempat duduk Dihan pula direka khas untuk keselesaanya.

“Aku, anak syurga & Fraser’s Hill. Kayuhan demi kebahagiaan,” tulisnya.

Katanya, Dihan antara yang paling gembira apabila dapat mengikut ayahnya berkayuh.

“Walaupun laluan berbukit, kami harungi bersama momen istimewa begini kerana ia satu laluan yang buatkan Dihan ketawa bahagia,” katanya.

Rata-rata memuji sikap lelaki ini yang sanggup buat apa sahaja demi anak tercinta dan memberikan kegembiraan buat anak syurga.

Related Posts