Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Hanya kerana terpikat dengan sambal nasi lemak, seorang lelaki berusia 30 tahun dicekup berkhalwat bersama wanita berstatus isteri orang dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), semalam.
Kejadian berlaku di sebuah rumah sewa sekitar jam 11.45 malam selepas pihak berkuasa menerima aduan awam berkaitan pasangan itu yang didapati tinggal bersama tanpa ikatan sah.
Menurut kenyataan JAINJ, wanita berusia 28 tahun itu telah berkahwin sejak 2017 tetapi tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan mereka belum bercerai. Perkenalan antara pasangan ini bermula ketika mereka bekerja di sebuah kedai makan di Kluang.
Baca juga:
- KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
- Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian
- Dihina dan dicemuh, anggota Bomba Sandakan kongsi situasi sebenar
“Lelaki terbabit mula menyukai sambal nasi lemak yang dimasak wanita itu dan dari situ hubungan mereka semakin rapat hingga jatuh cinta,” kata kenyataan itu.
Mereka kemudiannya menyewa rumah bersama dan tinggal seperti pasangan suami isteri sejak dua bulan lalu.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Sumber: Harian Metro








