Lelaki Bangladesh rogol anak tiri sehingga hamil, dipenjara 22 tahun, 15 sebatan - The Reporter

Lelaki Bangladesh rogol anak tiri sehingga hamil, dipenjara 22 tahun, 15 sebatan

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang warga Bangladesh berusia 44 tahun dihukum penjara selama 22 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini.

Tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya sehingga melahirkan anak, tiga tahun lepas.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah di akhir kes pembelaan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 20 Feb 2020.

Menurut Hakim Datin Surita Budin, “Tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya yang berusia 13 tahun (ketika kejadian). Tindakan tersebut umpama haruan makan anak dan meninggalkan trauma kepada mangsa.”

Tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun di Kampung Orang Asli Tekir, Mentera, Labu Batu 10, di sini, jam 10.30 malam, 15 Februari 2020.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun, tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan atas alasan mengalami askit belakang disebabkan kemalangan.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang menganiaya mangsa dan bayi yang dlahirkan oleh mangsa adalah sepadan dengan DNA tertuduh. Selain itu, tiada bukti kukuh lain yang menunjukkan tertuduh tidak berada di lokasi kejadian.

Menurut Goh, mangsa kehilangan ibunya yang meninggal dunia akibat kanser otak. Dan disebabkan itu, mangsa bergantung hidup pada tertuduh. Namun tertuduh telah mengambil kesempatan terhadap mangsa.

Sejak dari itu, mangsa telah dianiaya sebanyak empat kali sehingga berusia 13 tahun. Dalam keadaan yang sudah terjejas, mangsa yang juga ibu tunggal terpaksa meneruskan pelajarannya.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!