Ada orang miskin tolak geran keusahawanan, takut hilang bantuan bulanan | The Reporter

Ada orang miskin tolak geran keusahawanan, takut hilang bantuan bulanan

Tangan lelaki memegang cawan kertas berisi duit syiling sebagai simbol kebergantungan kepada bantuan
Bila bantuan jadi terlalu selesa, peluang pun ditolak. | Gambar hiasan

Golongan berpendapatan rendah di negara ini sering kali menjadi tumpuan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan, sama ada daripada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Namun dalam sesetengah kes, masih wujud individu yang enggan keluar daripada kemiskinan walaupun diberi peluang, dan ada yang dilihat lebih selesa terus dibantu tanpa usaha untuk berubah.

Perkara ini dibincangkan dalam podcast 30 Minit Bersama DHMA yang menampilkan YouTuber Mr. Kokom dan wakil Yayasan Ikhlas, Bilal Jailani. Dalam episod itu, Bilal mengupas secara terbuka dilema bantuan kepada golongan miskin yang kadangkala memberi kesan sebaliknya.

“Orang miskin ini kadang-kadang lebih baik kita tak bagi dia duit. Kadang-kadang dengan pertolongan kita itu, dia jadi lagi miskin,” ujar Bilal. Katanya, ada individu yang bukan sahaja tidak menghargai bantuan, tetapi menolaknya jika bantuan itu membawa risiko kehilangan manfaat tetap seperti bantuan bulanan.

@mrkokomm

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jangan ‘tolong’ orang miskin.. #malaysia #fyp #kehidupan #keluarga #kaya #miskin #lelaki #wanita #saudara

♬ original sound – MrKokom – MrKokom

Bilal menceritakan satu kisah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal dari Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPek). Dalam satu majlis penganugerahan geran keusahawanan kepada golongan miskin, seorang penerima bertanya, “Kalau kami keluar daripada kemiskinan, kami dah tak dapatlah bantuan yang selama ini kami terima?”

Selepas dijelaskan perkara itu, individu tersebut menolak geran tersebut kerana lebih selesa hidup dengan bantuan sedia ada.

Yayasan Ikhlas, menurut Bilal, berpegang pada pendekatan berbeza. Mereka bukan sekadar memberi bantuan fizikal, tetapi juga menyuntik semangat dan inspirasi untuk keluar daripada kemiskinan. Antaranya, mereka pernah membawa anak-anak gelandangan melawat kampus UIAM untuk memberi gambaran kehidupan universiti.

“Ibu bapa yang ikut trip itu kata, ‘Makcik harap anak makcik tak jadi macam makcik. Dapat kejar impian dia, jadi orang terpuji’,” kongsi Bilal.

Beliau juga menekankan bahawa harapan dan pendidikan adalah kunci. Jika bantuan kewangan sahaja diberikan tanpa membina kesedaran dan usaha, ia tidak membawa perubahan. Katanya, kalau seseorang ahli keluarga pun hanya tahu meminta, bantu sekali dua boleh, tapi selepas itu perlu ajar supaya mereka berdikari.

Namun, jika selepas diberi tunjuk ajar pun mereka masih enggan berubah, kita tidak perlu terus membantu. Biarkan mereka berfikir dan bertindak sendiri, kerana bantuan yang berlebihan tanpa kesedaran hanya akan melumpuhkan semangat.

Tapi benarkah pendekatan seperti ini wajar? Perlu ke kita berhenti bantu jika mereka menolak peluang? Kongsikan pandangan anda di Facebook & Instagram The Reporter!

Related Posts