Lebih 100 atlet pulangkan pingat Olimpik Paris kerana kualiti buruk | The Reporter

Lebih 100 atlet pulangkan pingat Olimpik Paris kerana kualiti buruk

Pingat rosak Olimpik Paris 2024
Foto: NPR

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lebih 100 atlet yang memenangi pingat di temasya sukan Olimpik Paris 2024 memulangkan pingat mereka selepas mendapati kualitinya tidak memuaskan.

Pingat yang baru dimenangi itu dilaporkan mudah berkarat dan rosak hanya dalam tempoh beberapa bulan.

Aduan pertama muncul daripada atlet papan luncur, Nyjah Huston, yang memenangi pingat gangsa. Dia berkongsi di media sosial bahawa pingatnya mula kelihatan rosak hanya 10 hari selepas pertandingan.

Foto: Sky News

“Pingat ini nampak hebat bila baru, tapi selepas terkena peluh dan digunakan, kualitinya sangat mengecewakan,” katanya memetik laporan Unilad.

Dua perenang Perancis, Yohann Ndoye-Brouard dan Clement Secchi, turut memuat naik gambar pingat mereka yang rosak. Yohann menyindir pingatnya seperti dari Olimpik Paris 1924, manakala Clement menggambarkannya sebagai ‘kulit buaya’ kerana lapisan pingat yang mengelupas.

Pingat emas Olimpik sebenarnya diperbuat daripada perak bersalut emas, manakala gangsa adalah campuran tembaga, zink, dan timah. Bahan-bahan ini mudah rosak jika terkena udara dan kelembapan, terutama jika menggunakan logam berkualiti rendah.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengakui masalah ini dan berjanji menggantikan pingat yang rosak. Mereka bekerjasama dengan Monnaie de Paris, pembuat pingat tersebut, untuk menghasilkan pengganti yang sama seperti asal.

Proses penggantian akan dimulakan dalam masa terdekat melalui jawatankuasa Olimpik negara masing-masing.

Related Posts