Larangan sementara motosikal kapcai ketika musim perayaan | The Reporter

Larangan sementara motosikal kapcai ketika musim perayaan

Sekumpulan motosikal kapcai ditunggang di lebuh raya Malaysia ketika musim perayaan dalam suasana trafik sesak.
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Statistik menunjukkan hampir 70% daripada kemalangan maut jalan raya di Malaysia melibatkan motosikal ringan atau berkapasiti kecil, iaitu motosikal dengan enjin di bawah 150cc.

Menurut Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR), motosikal berkapasiti kecil ini paling terdedah kepada risiko kemalangan kerana struktur ringan dan tidak menawarkan perlindungan semasa kemalangan berlaku.

Ahli eksekutif MKJR, Datuk Suret Singh berkata, antara 85% hingga 90% daripada 16.8 juta motosikal berdaftar di negara ini termasuk kategori motosikal ringan atau kapcai.

“Ini menjadikan penunggang atau pembonceng sangat terdedah kepada kecederaan serius atau maut,” katanya.

Baca juga:

Walaupun ringan, katanya, motosikal berkapasiti kecil ini mampu memecut melebihi 110 km/j, menjadikannya risiko besar di jalan raya. Justeru itu, Suret menyeru langkah drastik termasuk larangan sementara enam hari ke atas motosikal ringan semasa musim perayaan bagi mengurangkan kemalangan.

“Mengehadkan penggunaan motosikal ringan dua hari sebelum, semasa dan selepas perayaan boleh mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.

Ujar beliau, langkah berkenaan mungkin kelihatan keterlaluan dan tidak popular, tetapi keselamatan dan nyawa adalah penting.

Sebagai alternatif, penunggang disarankan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan. Statistik menunjukkan 34% kemalangan motosikal kecil berlaku di jalan persekutuan, 32% di jalan negeri, 22% di jalan perbandaran dan 12% di lebuh raya.

Sumber: The Star

Related Posts