Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan akan memasang sebanyak 385 lampu jalan jenis solar di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, termasuk di kawasan lokasi nahas bas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menurut Pengarah JKR Perak, Ir Zamri Mat Kasim, keputusan pemberian tender bagi projek pemasangan lampu tersebut dijangka dimuktamadkan pada Julai tahun ini.
Bagaimanapun, menerusi satu video tular di TikTok, kerja-kerja pemasangan dikatakan telah selesai, memberi kelegaan kepada para pengguna jalan berkenaan.
Dalam perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok, Muhammad Asyraaf, beliau memaklumkan bahawa sesi pemasangan lampu solar di laluan tersebut telah pun tamat semalam.
Baca juga:
- Pejabat Menteri nafi dakwaan palsu Mohamad Sabu galak penjawat awam tanam ganja
- Langgar lari polis trafik: Inspektor ditahan, sedang jalani rawatan kesihatan
- Jabatan Penjara siasat video tular tahanan reman lolos di Penjara Sungai Buloh
Perkembangan itu disambut baik warga maya yang menyambut usaha JKR sebagai langkah tepat demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, terutama ketika waktu malam.
“Jalan dah cerah pun tetap kena kurangkan kelajuan, lebih-lebih lagi lalu jalan selekoh,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Cerah la Cik Jah (gajah) lepas ni. Jangan dia meeting bawah tu dah la,” usik seorang lagi netizen, merujuk kepada haiwan liar yang kerap melintas di kawasan tersebut.
Difahamkan, selain pemasangan lampu, kerja-kerja membaik pulih jalan rosak di laluan berkenaan juga sedang dijalankan secara berperingkat.








