Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tidak dapat dinafikan kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) banyak disediakan di Malaysia. Pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya dari segi kemudahan lif, tandas awam, dalam pengangkutan awam dan sebagainya.
Bagaimanapun ada kemudahan yang tidak dapat digunakan dengan sebaiknya oleh golongan ini.
Seperti hantaran lelaki ini, dia menyatakan kepentingan bagi setiap kemudahan OKU diaudit bagi mengelakkan berlakunya permasalahan.
Menerusi satu video yang dikongsikan, dirakamkan kesukaran golongan OKU yang menggunakan kerusi roda untuk melepasi laluan rubber bollard di sekitar Kuala Lumpur. Ini kerana katanya, laluan bagi OKU perlu diratakan.
Kesukaran tersebut juga telah melambatkan pergerakan mereka untuk melintas jalan.
“Betapa pentingnya setiap kemudahan OKU diaudit. Bila jadi macam ni tak bahaya ke. Laluan kerusi roda tak boleh ada step atau pun tak boleh tinggi, kena rata je.
“Lihat keadaan ni, biar sampai ke hati. Bila ada sediakan kemudahan ni, jangan hanya lepaskan batuk di tangga,” katanya.
Susulan itu, dia meminta pihak berwajib agar peka dengan isu ini. Menerusi ruangan komen juga, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang sama.
Sumber: izhar.idham








