Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Setiap perubahan atau penghijrahan selebriti ke arah yang lebih baik sering mendapat perhatian dan pujian ramai.
Baru-baru ini juga ramai yang tersenyum melihat kecantikan selebriti terkenal Nora Danish yang sudah tampil berhijab.
Tidak kurang juga, pelakon, penyampai radio dan pengacara terkenal, Raja Azura yang juga sudah berhijab disambut baik oleh para peminatnya.
Menerusi satu laporan, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku menyatakan keputusannya untuk berhijab selepas menunaikan ibadah haji bulan lalu dan perubahan dilakukan atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia.
“Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik.
“Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Kongsinya juga, dia akui sudah puas dengan imej yang digayakan sebelum ini.
“Saya sudah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk.
“Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
“Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” katanya.
Sumber: Berita Harian








