Lagu Dayang Nurfaizah sentuh jiwa, ramai kongsi kisah kehilangan | The Reporter

Lagu Dayang Nurfaizah sentuh jiwa, ramai kongsi kisah kehilangan

Dayang Nurfaizah menyampaikan lagu raya “Senyum Gugur Di Penghujung Doa” yang menyentuh emosi tentang kehilangan menjelang Aidilfitri.
Dayang Nurfaizah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiap kali menjelang Aidilfitri, selain iklan raya yang menyentuh perasaan, lagu-lagu raya juga menjadi antara elemen yang paling dinantikan. Namun, seiring perubahan zaman, aliran muzik raya turut berubah. Jika dahulu lagu raya lebih sarat dengan elemen tradisional dan nostalgia keluarga, kini kebanyakan karya baharu lebih bersifat moden dan ‘catchy’ bagi menarik minat generasi muda.

Bagi generasi muda khususnya, lagu raya yang ringan, mudah diingati dan rancak sering menjadi pilihan. Melodi yang segar serta susunan muzik kontemporari membuatkan lagu-lagu tersebut cepat meniti di bibir, terutamanya di platform media sosial seperti TikTok.

Namun di tengah arus lagu raya moden itu, penyanyi bersuara emas Dayang Nurfaizah tampil dengan pendekatan berbeza menerusi lagu ‘Senyum Gugur Di Penghujung Doa’. Lagu tersebut bukan sekadar karya raya biasa, sebaliknya sebuah balada yang sarat emosi dan menyentuh tema kehilangan.

Lagu ini membawa naratif yang dekat dengan realiti kehidupan ramai orang iaitu sambutan raya yang tidak lagi sama selepas kehilangan insan tersayang. Dengan melodi yang sayu serta lirik yang mendalam, ia seakan membuka ruang kepada pendengar untuk mengimbau kenangan lama yang mungkin masih tersimpan rapi di hati.

Antara bait lirik yang paling memberi kesan ialah frasa ‘raya ini raya yang berbeza’. Ungkapan ringkas itu menggambarkan perubahan besar dalam suasana perayaan apabila seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada tradisi keluarga sudah tiada lagi. Mungkin tiada lagi hidangan kegemaran yang selalu disediakan, atau pakaian sedondon yang dahulu ditempah untuk dipakai bersama.

@dayangsayangkamu2007

Thank you guys for letting this song be part of your story🫂❤️ . Senyum Gugur di Penghujung Doa

♬ Senyum Gugur di Penghujung Doa – DayangNurfaizah
Baca juga:

Di media sosial, khususnya di TikTok, ramai pengguna berkongsi perasaan mereka selepas mendengar lagu tersebut. Ada yang berkongsi kisah kehilangan ibu bapa, datuk nenek malah pasangan hidup yang pernah menjadi insan penting dalam setiap sambutan Aidilfitri.

Karya ini turut mendapat pujian kerana kekuatan liriknya yang ditulis oleh Hael Husaini. Penulisan yang puitis tetapi jujur menjadikan lagu ini bukan sekadar hiburan, sebaliknya sebuah karya yang memberi ruang untuk pendengar memproses emosi mereka sendiri.

https://www.tiktok.com/@ifarahahmad/video/7614652022654012693?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Pelakon Farah Ahmad juga tidak terkecuali berkongsi perasaan tersentuh selepas mendengar lagu berkenaan. Farah, yang pernah melalui detik kehilangan suami beberapa tahun lalu, mengakui lagu itu membuatkan hatinya ‘koyak’ kerana begitu dekat dengan pengalaman hidup yang pernah dilalui.

Related Posts