Kos delivery semakin mahal, rakyat Malaysia digesa beli makanan secara terus di premis - The Reporter

Kos delivery semakin mahal, rakyat Malaysia digesa beli makanan secara terus di premis

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa rakyat Malaysia untuk membuat pembelian makanan secara terus di premis makanan.

Gesaan ini dibuat oleh Presiden Samenta, Datuk William Ng, sebagai respons terhadap keluhan pengusaha makanan yang mungkin terpaksa membayar komisen lebih tinggi kepada platform penghantaran makanan.

Menurutnya, pengusaha restoran dan premis makanan berharap rakyat Malaysia kembali kepada era sebelum aplikasi penghantaran makanan wujud. Cara ini dapat membantu mereka mengurangkan kos jualan dan menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.

Namun, di aplikasi penghantaran makanan, harga jualan terpaksa dinaikkan antara 30 hingga 100 peratus untuk menampung pembayaran komisen. Seorang peniaga mungkin hanya menerima RM1.20 untuk sebungkus nasi lemak yang berharga RM3.

Datuk William juga membangkitkan kemungkinan monopoli dalam industri penghantaran makanan jika benar ada usaha mengambil alih sebuah syarikat aplikasi penghantaran oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang sama.

Situasi platform penghantaran saat ini adalah duopoli dan jika pengambilalihan itu terjadi, ia mungkin akan menjadi monopoli yang kuat dan berpotensi merugikan pengguna dan peniaga.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!