Korea Selatan laksana kerja 4 hari seminggu agar pekerja dapat luang lebih masa bersama pasangan - The Reporter

Korea Selatan laksana kerja 4 hari seminggu agar pekerja dapat luang lebih masa bersama pasangan

Korea Selatan baru-baru ini telah melaksanakan eksperimen kerja empat hari seminggu untuk meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja.

Inisiatif ini bertujuan menangani budaya kerja yang sangat menekan di negara itu, yang selama ini dikaitkan dengan tahap tekanan yang tinggi, keletihan melampau dan penurunan populasi.

Eksperimen ini mula dilaksanakan di wilayah Gyeonggi dan melibatkan pekerja dari lebih 50 organisasi. Mereka diberi pilihan untuk mengurangkan masa bekerja setiap dua minggu atau mengurangkan jam kerja setiap minggu.

Langkah ini diharapkan dapat mengurangkan tekanan dan keletihan di kalangan pekerja tanpa menjejaskan produktiviti.

Menariknya, salah satu tujuan utama eksperimen ini adalah untuk memberi pekerja dengan pasangan masing-masing menikmati lebih banyak masa bersama. Sekali gus dapat membantu meningkatkan kadar kelahiran yang semakin menurun di Korea Selatan.

Walaupun pelaksanaannya masih di peringkat awal, ia boleh menjadi model bagi negara lain yang sedang berdepan dengan isu sama.

Korea Selatan terkenal dengan budaya kerja yang mencabar dan mempunyai salah satu purata jam kerja tahunan tertinggi di dunia. Pekerja di negara ini sering menghabiskan masa yang panjang di tempat kerja dan tekanan kerja menjadi isu yang serius.

Pada 2023, Kerajaan Korea Selatan bercadang melanjutkan minggu kerja maksimum 69 jam seminggu. Namun, cadangan itu mendapat bantahan dari golongan muda kerana bimbang dengan kesan negatif terhadap kehidupan mereka.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!