Konvoi kereta ‘terpaling function’ dikecam netizen | The Reporter

Konvoi kereta ‘terpaling function’ dikecam netizen

Konvoi kereta ‘terpaling function’ dikecam netizen selepas ganggu trafik di lebuh raya.
Tular video konvoi kereta ‘terpaling function’ di lebuh raya, cetus kecaman ramai kerana ganggu kelancaran trafik.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular satu video di media sosial menunjukkan sebuah kereta Honda Civic memandu perlahan di lorong kanan lebuh raya, dipercayai bagi merakam video beberapa kereta rakannya yang turut memandu model sama di lorong kiri.

Tindakan itu menjejaskan kelancaran trafik di kedua-dua lorong dan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna jalan raya.

Rakaman asal dikongsi oleh Azzmint All sebelum dimuat naik semula oleh akaun automotif Careta Malaysia, yang menyindir pemanduan tersebut sebagai “Terpaling Function”.

Baca juga:

Netizen menyifatkan tindakan berkenaan bukan sahaja tidak beretika tetapi juga membahayakan pengguna lain, khususnya di lebuh raya yang mempunyai kadar kelajuan tinggi. Mereka menegaskan bahawa lorong kanan sepatutnya digunakan untuk memotong, bukannya memperlahankan kenderaan bagi tujuan rakaman video.

Orang ramai turut menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden itu dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian serupa berulang. Pemandu disaran lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan lebuh raya sebagai lokasi merakam kandungan media sosial.

Related Posts