Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose dan sepupunya, Aprena Manrose, didakwa terlibat dalam insiden menyerang pembantu peribadinya di pejabat Senrose Cosmetic.
Menurut gambar laporan polis yang tular di media sosial, Uqasha didakwa membaling kotak ke arah muka pembantu peribadinya, merentap tudung dan meludah mangsa. Manakala Aprena pula didakwa menepuk mulut mangsa berkali-kali dan memukul lengan dengan penyangkut baju.
Bagaimanapun, Uqasha sekali lagi tampil menafikan tuduhan tersebut melalui Instastory hari ini.
Air susu dibalas dengan air tuba
Jelas Uqasha, dia menerima wanita itu bekerja tanpa mempersoalkan latar belakang dan melayaninya dengan baik, termasuk membenarkannya tinggal dan keluar masuk di rumahnya seperti rumah sendiri. Malah, Uqasha juga membayar gaji wanita berkenaan walaupun pembantunya itu tidak bekerja.
“Setelah beberapa orang buang you kerja, I ambil you kerja tanpa tanya apa history you. Layan you dengan baik, siap duduk, tidur dan keluar masuk rumah saya macam rumah sendiri (Macam tak ada rumah sendiri, takkan kita nak halau?). Kita ada je bukti conversation tu, tapi cuba untuk tidak memalukan beliau lagi dari bulan 10 sampai bulan 6.
“Tak shooting pun, gaji monthly tetap fix. Tapi kerana terlalu selesa, ini balasan you dekat I? Fitnah dan aib yang you cuba buat sekarang ini, you rasa you berjaya? Dengan banyak hutang dan pinjam duit sana sini, siapa yang dahulukan? Kita tak cakap kosong dik, kita cakap ada sekali dengan bukti.
Kerap burukkan bekas majikan

“Pernah nasihat stop bercerita buruk pasal your ex bosses. Tapi memang sejenis mulut lembik dan suka bercerita hal dalam kain orang. Asyik bercerita buruk je semua pasal ex boss dia.
“Sampai kita pun terdetik kalau satu hari nanti dia tak bekerja dengan I, tak mustahil hal buruk tentang I pun dia kan cerita. Tapi masa tu, masih lagi husnuzon.
Masuk bilik tanpa kebenaran

“First thing first, dia masuk bilik tidur orang tanpa kebenaran dan macam mana dia tahu ada duit yang banyak dalam tu pun, kita pun jem otak. Dah ada maid kemas, tapi kenapa you nak juga masuk dan kemas bilik I?
“Masuk bilik privacy orang tu pun dah pelik. Beberapa hari kemudian baru I perasan paper bag tu hilang. Nak cari dekat CCTV selepas beberapa hari, tapi footage akan auto delete. Tapi masa ini kita siap salahkan diri sendiri. Punyalah percaya dekat orang itu.
“Dia masuk rumah orang sesuka hati. Masa ni mula rasa tak suka, macam tak ada adab. Mak bapak tak ajar main masuk rumah orang. Tak cukup dengan itu, dia main pakai baju tidur orang sesuka hati. Perangai kampun gmana ni? Lepas tu mula mengadu domba tentang ex boss dia, tolak dia kerja.
Pinjam duit sana sini

“Dengan kakak kita pun dia try (pinjam duit). Sejenis muka tembok kot? Banyak lagi conversation dia minta pinjam duit sana sini. Tapi cukuplah satu dua ini (didedahkan) eh.
“Okay, kita dedah setakat ini saja dulu. Kita ni sedaya upaya tak mahu mengaibkan da. Nak settle cara baik, suruh pulangkan emas-emas dan dit gaji yang dia langsung tak kerja dan apa-apa barang-barang yang dia ambil di luar pengetahuan I.
Kesal difitnah
“Tapi kakak dia pula nak guna media sosial dengan niat nak menjatuhkan orang. Dia lupa kot yang mostly wartawan ini kawan-kawan I juga, yang sepatutnya I buka cerita dulu. Tak apa, kita diam dulu. Bagi pihak sebelah sana menyalak, rasa best dulu.

“Kita juga yang jahat, gangster tetapi member merayu merintih nak kerja. I baca pun meremang segala bulu-bulu yang ada ni.
“Setiap manusia ada limit dia. Tapi bila dah sentuh family mak suami semua, siap mereka cerita fitnah, siap bulan-bulan gaji mesti awal bulan dan full walaupun tak shooting, rupanya bayar gaji untuk jadi penyampai cerita rumah tangga orang. Dari sinilah bermula semua true color dia ya.”








