Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seramai 10 lelaki warga asing ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops Kutip yang dilakukan pada malam Sabtu, semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 30 warga asing diperiksa dan hanya 10 warga asing terdiri daripada warga Bangladesh (7), Filipina (1) dan Pakisan (2) yang ditahan.
Difahamkan, kesemua yang ditahan memiliki pas pekerjaan, tetapi menyalahgunakan syarat pas dipercayai kerana tidak mempunyai pekerjaan, kerana diabaikan oleh majikan terlalu lama atau melarikan diri daripada majikan.
Menurut segelintir warga asing yang ditahan, mereka mengakui ada di antara mereka melarikan diri daripada majkan atau dibiarkan tanpa pekerjaan oleh pihak yang membawa mereka masuk ke Malaysia.
Sehingga ada yang sanggup menjaja bunga di kaki lima di sekitar ibu kota, biarpun berdepan dengan risiko ditangkap oleh pihak berkuasa. Berbanding kembali ke negara asal, tetapi tiada mendapat sebarang pekerjaan.
“Saya mari sini dua tahun lalu. Tetapi bila sudah sampai, ejen kata kerja tak ada. Jadi, saya terpaksa kerja jual bunga kerana mahu cari makan.
“Kita semua mahu balik kampung (negara asal), tetapi di sana lagi susah mau kerja. Jadi sebab itu, saya duduk di sini,” katanya.
Sumber: Harian Metro








