'King bikin hal lagi' - Pemandu kereta Myvi dirakam guna laluan motosikal di highway | The Reporter

‘King bikin hal lagi’ – Pemandu kereta Myvi dirakam guna laluan motosikal di highway

Sumber Gambar: TikTok awinkrapkrap

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah kereta Perodua Myvi dirakam menggunakan laluan khas bagi motosikal ketika melalui Lebuh Raya Kesas.

Menerusi video tular di TikTok itu, pemandu berkenaan dilihat bersahaja memandu kenderaannya di laluan berkenaan walaupun ada laluan keluar yang telah dikhaskan.

Menurut pemilik video ini, pemandu berkenaan juga dilihat seolah sudah biasa menggunakan laluan itu apabila hanya bersahaja melalui beberapa terowong dan laluan kecil.

“Dia masuk ikut Bukit Jalil. Ada mungkin elak bayar tol. AKu ikut je kau. Layan sampai exit Klang Lama,” tulisnya.

Bagaimanapun, helah ‘King’ akhirnya kantoi apabila petugas lebuh raya Kesas menahan pemandu berkenaan.

Katanya, petugas lebuh raya bertanyakan alasan mengapa pemandu berkenaan menggunakan laluan itu, tetapi hanya dilihat pemandu itu hanya menunjukkan telefon bimbitnya.

Rata-rata netizen tertanya-tanya motif pemandu berkenan menggunakan laluan tersebut samada ingin mengelakkan daripada membayar tol atau sebaliknya.

Related Posts