Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang usahawan yang dikenali sebagai Abang Kopi meluahkan rasa kecewa dengan respon usahawan Kieda Crepe berkenaan isu sekatan ke akaun TikTok miliknya baru-baru ini.
Semasa sesi live Kieda Crepe (menerusi akaun yang tidak disekat), Abang Kopi meninggalkan komen bertanyakan tentang sekatan tersebut.
Namun, jawapan yang diberikan oleh Kieda kerana Abang Kopi seolah mengambil kesempatan mempromosikan perniagaannya ke setiap akaun yang tular.
“Abang Kopi, saya nak bagitahu terpaling kalut dalam masalah hal orang. Apa orang viral semua nak kopi.
“Apa yang viral semua masuk, abang berniaga saya pun berniaga. Periuk nasi abang saya tak pernah kacau. Kalau nak viral jangan kacau periuk nasi orang,” kata Kieda.
Seakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, Abang Kopi menjelaskan melalui satu rakaman video, dia hanya sekadar menggunakan tagline ‘Ada siapa-siapa nak kopi?’ bagi mempromosikan bisnesnya. Bukan hanya di sesi live Kieda, malahan di mana-mana sesi live akaun lain, dia turut menyelitkan komen menggunakan tagline tersebut.
“Saya bukan komen bukan-bukan saya hanya komen berkenaan kopi. Salah ke saya buat macam tu? Apa significan dengan kacau periuk nasi dia? Saya bukan komen ‘korang jangan pergi support dia’,” kata Abang Kopi.
‘Marketing tak padu kot?’
Kieda turut menyatakan cara pemasaran yang dibuat oleh Abang Kopi tersebut seolah kurang padu lantas dia memilih cara demikian untuk promosikan perniagaan.
“Maybe cara marketing tak padu kot. Kena bagi padu seronok bila orang kata kena viral, maybe abang tu macam tu kot.
“Dia pilih jari jahat dan komen dekat bangsa-bangsa Melayu sendiri. Sebab orang macam ni bukan support saya pun.
“Kopi satu! Marketing tak padu la, bang. Biar bagi padu dulu. Marketing padu macam ni la, bang,” kata Kieda sambil menunjukkan pelanggan-pelanggan yang sedang beratur membeli barangan di kedainya.
Allah boleh tarik rezeki kita sekelip mata
Menjawab segala kenyataan itu, Abang Kopi mengakui cara pemasaran yang digunakan tidak padu tetapi itu cara yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli.
“Itu cara yang saya guna bukan sahaja untuk engage dengan video malah dengan komentar. Bila saya komen, selalunya ada komen tanyakan pasal kopi.
“Kieda punya marketing memang mantap. Tapi Kieda kena ingat setiap usaha kita, setiap pekerjaan dan perbuatan hanya lah asbab. Allah boleh bagi kita rezeki yang melimpah ruah sekelip mata dan Allah boleh tarik apa yang diberi sekelip mata. Kita jangan riak, takbur, sombong sebab ini hanya sementara.
“Lain orang lain cara, bermacam cara untuk mendapatkan perhatian,” kata Abang Kopi.
Kieda buat permohonan maaf secara terbuka
Susulan tular isu ini, Kieda mendedahkan dia sudah memohon maaf dengan Abang Kopi melalui panggilan telefon. Isu tersebut dianggap selesai.
Sumber: TikTok, Kieda crepe