Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketua politik pasukan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran.
Perkara berkenaan disahkan oleh pimpinan Hamas yang menyatakan Haniyeh dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.
Menerusi satu laporan, Haniyeh terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.
Difahamkan, kunjungan Haniyeh ke Tehran adalah bagi menghadiri upacara angkat sumpah jawatan Presiden Iran baharu, Masoud Pezeshkian.
“Awal pagi ini, kediaman Ismail Haniyeh di Tehran telah diserang, menyebabkan dia dan seorang pengawal peribadinya mati syahid.
“Siasatan kejadian sedang dijalankan dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan Pengawal Revolusi Iran.
Dalam perkembangan sama, Hamas menyatakan serangan tersebut didalangi Israel.
Sumber: Astro Awani, RTM








