Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Polis menahan seorang ketua balai polis bersama dua anggotanya dalam satu serbuan mengejut di sebuah pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras, kelmarin.
Ketiga-tiga mereka, yang berusia antara 37 hingga 57 tahun, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Serbuan yang dilakukan oleh pasukan khas ini berjaya menahan 14 individu, termasuk ketua balai dan dua anggotanya. Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua mereka positif dadah.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat.
“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang. Mereka kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Sumber: Harian Metro








