'Kesian bapak aku kena viral' - Anak kesal gambar bapanya ditularkan hanya kerana potong barisan di pasar raya - The Reporter

‘Kesian bapak aku kena viral’ – Anak kesal gambar bapanya ditularkan hanya kerana potong barisan di pasar raya

“Orang tua tak ada adab,” demikian kata seorang wanita dalam hantarannya di Facebook mengenai insiden potong barisan yang berlaku semasa dia berbelanja di sebuah pasar raya di Sarawak.

Menurut pengadu yang hanya dikenali sebagai ‘NF’ berkata, dia tidak berpuas hati dengan seorang lelaki tua yang didakwa potong barisan ketika dia dan pelanggan yang lain sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Orang tua tak ada adab

“Potong line orang berbaris panjang. Tak ada minta tolong, terus potong line. Mana adab?

“Kalau dia ada minta tolong, aku okay je. Ini muka tak ada rasa malu, potong line. Sorry, aku paling tak suka orang yang tak ada adab. Tak kiralah umur kita berapa tapi adab sopan itu penting, komunikasi itu penting. Jangan ambil mudah semua benda,” ujarnya.

Hantaran itu kemudian tular di media sosial dan mengundang banyak reaksi orang ramai. Dan siapa sangka, anak kepada lelaki warga emas berkenaan turut menyedari gambar bapanya menjadi mangsa tular.

‘Kami ni orang miskin’

“Kesiannya bapak aku kena viral. Tak apa bapak, doa saja untuk orang itu. Semoga orang itu dimurahkan rezeki.

“Terima kasih kepada individu yang viralkan bapak aku. Kesian tengok muka orang tua aku yang tak tahu apa-apa diviralkan.

“Kami ini orang miskin, sebab itulah diperlakukan seperti itu. Tak mengapa, Allah akan membalasnya. Terima kasih kakak cantik,” kata anaknya.

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan NF yang menularkan gambar warga emas terbabit hanya disebabkan hal remeh dan secara tidak langsung telah mengguris perasaan keluarganya.

“Terus nak viralkan orang. Tak boleh ke tegur dulu pakcik tu secara baik. Beri salam dan cakap, pakcik kena beratur. Ataupun dahulukan dia yang merupakan warga tua. Takkan tak ada sedikit pun timbang rasa kak oi?” kata Gaddies.

“Belum terkena dekat mak bapak sendiri. Biarkan saja, sampai hati nak biarkan orang tua beratur lama-lama. Kalau mak bapak awak sendiri, awak nak biarkan ke?” kata Robinson.

“Saya paling tak suka dan pantang tengok orang macam ni. Diam-diam ambil gambar orang, lepas tu viralkan. Apa salah kau tegur dia kenapa potong line. Tak rugi pun tanya elok-elok. Kesian pakcik tu jadi mangsa viral. Kau ni pun satu, sikit-sikit nak viral,” kata Thonia.

Sumber: Samarahan Edition

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!