Kesan cap jari & DNA suspek kes bunuh Zayn Rayyan ditemui, berkemungkinan ada rekod kesalahan seksual - The Reporter

Kesan cap jari & DNA suspek kes bunuh Zayn Rayyan ditemui, berkemungkinan ada rekod kesalahan seksual

Sumber gambar: Malaysia Gazette

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemui mati dibunuh, dibesarkan secara normal dan tiada sebarang tanda mangsa didera.

“Tiada penderaan fizikal, tiada tanda kecederaan menjurus kepada dera. Dia anak autisme dibesarkan dalam keluarga yang normal dan dijaga dengan baik.

“Berhenti salahkan keluarga dan beri ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang dipercayai milik suspek telah berjaya diperolehi dan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengenal pasti individu yang membunuh Zayn Rayyan.

Keputusan ujian cap jari da DNA dijangka akan diperoleh dalam tempoh tiga hari lagi.

Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan kesalahan seksual.

“Ia meliputi tapisan besar-besaran membabitkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah, termasuk kumpulan yang terbabit dalam kesalahan seksual.

“Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis sama ada penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian,” katanya.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!