Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Warga maya dikecohkan dengan video tular yang mendakwa penyanyi Hafiz Suip terlibat dalam pergaduhan di jalan raya.
Bagaimanapun dalam perkembangan terkini, Oh! Media melaporkan Hafiz telah berdamai dengan lelaki terbabit.
“Hafiz dan individu tersebut sudah selesaikan isu itu dengan baik selepas Hafiz membuat laporan polis. Kes settle.”
Terdahulu tular video Hafiz bertumbuk dengan lelaki berkenaan, mengundang perhatian orang ramai. Insiden itu bertambah panas apabila saksi memuat naik video tersebut tanpa sebarang penjelasan.
Menurut rakan Hafiz, kejadian berpunca daripada pemandu lelaki (baju gelap) yang didakwa mencucuk kenderaan mereka dan berlaku provokasi sebelum laluan mereka dihalang.
Apabila kedua-duanya keluar dari kenderaan, Hafiz telah disembur dengan pepper spray. Rakannya yang cuba meleraikan pergaduhan itu turut menjadi mangsa semburan alat pemedih mata tersebut.
Video turut menunjukkan kedua-duanya sempat bertumbuk sehingga terjatuh sebelum dileraikan oleh orang awam.








