Seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu berusia 20 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Tawau selepas disabitkan kesalahan membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Hakim Datuk Duncan Sikodol menetapkan 12 lagi tertuduh, semuanya masih di bawah umur, dikenakan hukuman penjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas pertuduhan sama.
Sebelum ini, pada 22 Ogos, mahkamah yang sama mendapati 13 remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun itu bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34.
Baca juga:
- Luahan isteri Loe Solo sempena ulang tahun perkahwinan ke-10
- Terengganu terima dua tetamu istimewa, ‘Raja Penyu’ dan Sulong Chalil
- Video tular dua kanak-kanak duduk atas MPV bergerak, polis kesan pemilik
Mereka dituduh membunuh Mohamad Nazmie Aizzat antara jam 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu di bilik asrama kolej berkenaan.
Mangsa yang lebih dikenali sebagai ‘Ijat’ ditemui meninggal dunia selepas dipercayai dipukul secara beramai-ramai di dua blok asrama, 7 Resak dan 5 Belian. Insiden berkenaan dikaitkan dengan pertelingkahan mengenai kehilangan wang milik dua daripada tertuduh.
Sumber: Berita Harian








