Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat memutuskan seramai 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu bersalah membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, dalam kejadian di asrama kolej berkenaan pada Mac tahun lalu.
Hakim Datuk Duncan Sikodol berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, manakala hujahan pembelaan didapati bercanggah dengan keterangan saksi serta tidak munasabah.
Menurut pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia 16 hingga 19 tahun didakwa bersama-sama membunuh mangsa di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian, antara jam 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac 2024.
“Alasan bahawa mereka hanya mahu memberi pengajaran kepada mangsa adalah tidak berasas kerana kecederaan yang dialami cukup parah dan secara semula jadi membawa maut,” jelas hakim.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat jika sabit kesalahan.
Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga 28 Ogos depan sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian








