Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pasangan warga emas di Korea Selatan telah dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam lubang benam.
Menerusi satu laporan, salah seorang daripada mangsa, iaitu wanita berusia 76 tahun diberikan bantuan pernafasan (CPR) setelah didapati jantungnya terhenti (cardiac arrest).
Kereta SUV putih pasangan berkenaan dikatakan terjatuh ke dalam lubang berkenaan dalam keadaan mengiring.
Ketika kejadian, mereka dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Jambatan Seongsandaegyo.
Susulan itu, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.
Insiden berkenaan juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan akses ke kawasan berkenaan dihadkan.
Terdahulu, seorang pelancong dari India telah terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India, Kuala Lumpur.
Sehingga kini (hari ketujuh), Vijayaletchumy, 48, belum dapat dikesan.
Sumber: Sky News








