Anwar tegaskan harga RON95 turun RM1.99 hujung bulan ini | The Reporter

Anwar tegaskan harga RON95 turun RM1.99 hujung bulan ini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap di pentas program reformasi, tegaskan harga RON95 turun RM1.99 hujung bulan ini.
Anwar Ibrahim tegaskan harga RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 hujung bulan ini. | Kredit gambar: Pejabat Perdana Menteri / Facebook Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter sebelum akhir September, menepis keraguan dan maklumat mengelirukan yang tersebar.

“Ada yang marah harga minyak belum turun walaupun September sudah tiba, sebelum ini saya kata sebelum akhir September sebaliknya bukan awal September atau pertengahan. Oleh itu sabarlah, jika bukan rakyat Malaysia, mungkin kena bayar harga RM2.50 atau RM2.60, tetapi rakyat hanya bayar RM1.99 sahaja.”

Menurut laporan Harian Metro, Anwar turut menegaskan langkah menurunkan harga minyak ini jarang berlaku di negara lain.

“Tengoklah mana-mana negara lain, mana ada yang turun harga minyak, tiada.”

Baca juga:

STR jadi bukti awal prihatin

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat bahawa kerajaan sudah mula menunjukkan keprihatinan dengan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM100 baru-baru ini kepada semua lapisan masyarakat termasuk profesional.

“Baru-baru ini kita bagi RM100, gembira tak?, gembira kan. Bantuan ini bukan sahaja kepada golongan B40 dan M40, tetapi juga kepada golongan profesional. Sekurang-kurangnya kita ingat semua rakyat Malaysia, nanti kita tengok ya (untuk tambah nilai).”

Janji tetap akan ditunaikan

Menurut Anwar, kerajaan kini menitikberatkan keperluan masyarakat berbilang bangsa dan tidak akan memungkiri janji.

“Sebab apa kita boleh (turunkan harga minyak), sebab kita perintah. Kerajaan ini fikirkan rakyat, apabila kita sudah berjanji kita akan tunai.”

Beliau turut menyindir pembangkang yang mempertikai janji kerajaan masih belum ditunaikan.

“Selain itu, ada pihak tanya banyak lagi (janji) belum buat, ya betul banyak lagi yang belum buat, tetapi masa kamu (pembangkang) perintah apa yang kamu buat, kita akan lakukan yang terbaik demi rakyat.”

Related Posts