'Kerajaan lebih sistematik urus cabaran ekonomi global berbanding era Muhyiddin' - Kamil Munim | The Reporter

‘Kerajaan lebih sistematik urus cabaran ekonomi global berbanding era Muhyiddin’ – Kamil Munim

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim memberi penerangan mengenai penyelarasan dasar ekonomi kerajaan.
Gambar: Utusan Malaysia, Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata kerajaan Persekutuan kini mengamalkan pendekatan lebih tersusun dan menyeluruh dalam menghadapi cabaran ekonomi global berbanding pentadbiran terdahulu ketika era Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, penyelarasan dasar antara kerajaan pusat dan negeri dilaksanakan secara lebih sistematik menerusi mesyuarat berkala yang melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk ketua menteri dan menteri besar di seluruh negara melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Katanya, pendekatan itu berbeza dengan situasi pada awal pandemik COVID-19 apabila penyelarasan bersama kepimpinan negeri tidak dilakukan secara menyeluruh.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Muhyiddin Yassin supaya kerajaan bertindak lebih pantas dan tegas dalam menangani kesan krisis global susulan pergolakan di Asia Barat yang memberi tekanan kepada ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Baca juga:

Dalam pada itu, Muhammad Kamil menegaskan kerajaan tidak bersikap sambil lewa, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi peringatan awal kepada rakyat mengenai kemungkinan tekanan ekonomi global sejak Ramadan lalu.

Katanya, keadaan yang dilihat stabil ketika ini adalah hasil pengurusan kewangan berdisiplin, termasuk langkah penstrukturan subsidi, penjimatan perbelanjaan serta penguatkuasaan bagi membendung ketirisan.

“Keadaan ini membuatkan rakyat seolah-olah tidak merasai kesan besar, namun jika tekanan kos terus meningkat, kerajaan perlu bersikap realistik dengan melakukan penyesuaian dasar mengikut perkembangan semasa,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Related Posts