'Kepala bana', Aaron Aziz selar DMA Islam kutuk jurusan masscomm | The Reporter

‘Kepala bana’, Aaron Aziz selar DMA Islam kutuk jurusan masscomm

Aaron Aziz mengecam tindakan DMA Islam yang melabelkan jurusan masscomm sebagai bodoh
Aaron tegaskan bidang komunikasi yang banyak menaikkan kejayaan filem tempatan. Gambar: Malay Mail

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Dma Islam mencetuskan kontroversi apabila mendakwa beberapa kursus pengajian di universiti, khususnya dalam bidang seni dan komunikasi,dianggap sebagai “tiada hala tuju.”

Antara jurusan yang disebut termasuk komunikasi massa, teater, muzik dan tarian tradisional, yang menurutnya tidak memerlukan pengajian di peringkat ijazah kerana cukup dengan kemahiran dan pengalaman diri.

Dia turut menyindir pelajar jurusan teater sebagai individu yang hanya ingin “enjoy” dan membuang masa, selain menyifatkan ijazah sebagai sesuatu untuk “orang yang dah banyak duit.”

Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi ramai termasuk selebriti.

Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz tampil menyelar kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram.

“Nama guna DMA Islam tapi tak habis-habis kutuk orang macam kau terpaling professor. Buang je nama ‘Islam’ kalau kau nak burukan seni orang lain,” katanya dengan nada tegas.

Aaron turut menegaskan bahawa industri komunikasi merupakan tulang belakang dalam melonjakkan kejayaan filem tempatan yang kini mampu meraih kutipan ratusan juta ringgit.

Sementara itu, pelakon Nadia Brian turut mengecam Dma Islam, menyifatkannya sebagai individu yang kurang ajar dan meminta pempengaruh berkenaan membuat permohonan maaf.

Related Posts