Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Abby Abadi sebelum ini memaklumkan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, berubah 360 darjah, semenjak terpalit dengan dakwaan berkahwin dengan suami orang.
“Anak tu dari kecik dengan saya. Dia tak macam sekarang. Saya rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya tu berpusing 360 darjah, bukan macam dia,” katanya dalam video yang dimuat naik oleh usahawan Aliff Syukri.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab kononnya anak pasangan selebriti itu terkena buatan orang.
Menerusi hantaran di Instastory, Abby menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Bila masa pula saya keluarkan statement ni? Baca dekat mana? Banyak sangat ke pahala diorang ni asyik keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah pada saya?” katanya.
Dalam pada itu, Abby turut kesal dengan tindakan sebuah portal hiburan yang menerbitkan artikel dengan tajuk yang mengelirukan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada keluarganya.
“Kenapa mesti putar belit statement saya? Pastu ambil komen netizen, buat orang keliru, jadikan tajuk, biar orang maki hamun, caci maki kita pulak.
“Semoga Allah ampunkanlah dosa orang-orang yang hebat sangat mereka-reka cerita ini,” katanya.
Sumber: Instagram Abby Abadi