Isu mengenai pernikahan anak perempuan kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim terus menjadi perhatian. Pelbagai persoalan yang timbul apatah lagi kedua-duanya dilihat tidak memberikan respon dengan isu pernikahan anaknya.
Beberapa hari lalu juga, dalam hantaran Abby, Norman dan Memey Suhaiza merakamkan kelibat Marissa hadir dalam satu jemputan Pre-Ramadan di sebuah hotel.
Terkini, melalui satu temubual bersama usahawan kosmetik Aliff Syukri, Abby Abadi menyifatkan individu yang dikaitkan dengan anaknya iaitu Aslam tidak mampu untuk berpoligami.
“Aslam bukanlah seorang yang boleh berpoligami sebab saya tak nampak, dia tak berkemampuan.
“Keluarga tak tahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki yang sekarang ni (Aslam).
“Anak tu dari kecik dengan saya. Dia tak macam sekarang. Saya rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya tu berpusing 360, bukan macam dia. Benda tu memang diluar jangkaan kami.
“Kita dah sehabis baik jaga anak tu. Cuma saya tak tahu kenapa sampai tahap tu dia boleh buat,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa pendedahan dibuat mengenai pernikahan Marissa Dania yang berlangsung di Songkhla, Thailand. Pendedahan tersebut juga diakui oleh adik beradik kepada isteri pertama Aslam.
Sumber: Aliff Syukri








