Abang kepada mangsa kemalangan maut di Jalan Kerinchi, Muhammad Hanif Sehat, memaklumkan keluarganya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu lori yang menyebabkan adiknya, Muhammad Hanis Sehat, 32, terkorban dalam kejadian itu.
Menurut Hanif, tindakan itu sebagai langkah susulan selepas adiknya maut dalam kemalangan yang berlaku semalam.
Baca: Penunggang motosikal maut dilanggar lori mengundur secara tiba-tiba
Jelas Hanif, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu sekitar jam 10 pagi dan tidak pasti ke mana adiknya ingin pergi semasa insiden tersebut berlaku.
“Saya sekeluarga berharap pemandu lori terbabit akan dikenakan tindakan setimpal mengikut undang-undang,” katanya.
Terdahulu, Muhammad Hanis yang menunggang motosikal meninggal dunia selepas sebuah lori di kawasan pembinaan tiba-tiba bergerak secara mengundur di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru.
Sumber: Harian Metro








