'Kelindan lori tumbuk anggota JPJ berlaku pada 22 November lalu di Jitra, pelaku sudah dijatuhi hukuman' - Pengarah JPJ Kedah - The Reporter

‘Kelindan lori tumbuk anggota JPJ berlaku pada 22 November lalu di Jitra, pelaku sudah dijatuhi hukuman’ – Pengarah JPJ Kedah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular satu rakaman video yang memaparkan insiden seorang kelindan lori yang bertindak menumbuk seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi video tersebut, ketika anggota berkenaan sedang menjalankan tugas penguatkuasaan, mereka mendapati kereta jenis lori rigid Luton model Nissan berada dalam keadaan mencurigakan.

Anggota JPJ meminta untuk pemandu berkenaan berhenti, namun pemandu berkenaan enggan memberikan kerjasama.

Tidak lama kemudian, pemandu lori tersebut memberhentikan kenderaan di sebuah kawasan parkir sebelum kelindan bertindak memaki hamun anggota dan terus menumbuk mangsa.

Bagaimanapun, menurut Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Ibrahim, memaklumkan kejadian berkenaan sudah berlaku pada 22 November lalu di Jitra.

Kejadian seorang kelindan lori menumbuk anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial sejak semalam, berlaku pada 22 November tahun lalu di Jitra.

“Kenderaan tersebut telah diarahkan untuk berhenti namun pemandu enggan memberi kerjasama. Ketika berjaya ditahan di Jalan Tasik Darul Aman, pihak yang terlibat telah melakukan kekerasan jenayah dan menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas.”

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesalahan yang telah dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh, Tiada Perlindungan Insurans dan Perakuan PUSPAKOM Tamat Tempoh,” katanya.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh anggota bertugas.

Suspek kemudian telah ditahan oleh pihak polis dan didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan pada 27 November.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara satu hari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000.

Sumber: Info Semasa, Buletin TV3

Total
0
Shares
Total
0
Share