Tragedi letupan paip gas yang berlaku di Putra Heights, Selangor pada pagi 1 April lalu terus mendapat perhatian apabila kerajaan negeri Kelantan tampil menyalurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa.
Dalam kejadian tersebut, lebih 100 individu cedera, manakala lebih 200 rumah rosak akibat kebakaran besar yang tercetus. Daripada jumlah itu, 87 buah rumah dilaporkan musnah sepenuhnya. Walaupun tiada kematian direkodkan, impak kejadian amat besar terhadap penduduk yang terjejas.
- Tun Mahathir, Siti Hasmah cipta rekod ASEAN dan Asia
- Warga emas maut disambar buaya ketika cari siput, anak saksikan detik tragis
- ‘Hampir 99% ke Mekah’- MP Langkawi dedah kisah pemilihan parti ketika bahas RCI TH
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- Pertikai rakan sekerja kerap cuti jaga anak, kenyataan wanita undang kecaman netizen
Sebagai tanda solidariti, kerajaan Kelantan menyumbang sebanyak RM500,000 kepada tabung bantuan mangsa tragedi berkenaan. Sumbangan itu disampaikan semalam oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam satu majlis penyerahan di Selangor.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan di Facebook turut merakamkan penghargaan kepada Nassuruddin serta kerajaan Kelantan atas keprihatinan yang ditunjukkan.
Tambah beliau, Selangor dan Kelantan telah lama menjalin kerjasama dalam soal bantuan kemanusiaan, malah Selangor juga pernah menghulurkan bantuan kepada Kelantan ketika negeri itu dilanda banjir besar sebelum ini.
Sumber: MalaysiaKini








