Marina Pinnacle terbakar, 3,820 penghuni lari selamatkan diri dari menara 67 tingkat | The Reporter

Marina Pinnacle terbakar, 3,820 penghuni lari selamatkan diri dari menara 67 tingkat

Kebakaran besar di Marina Pinnacle, Dubai pada waktu malam dan siang
Api marak dari tingkat atas Marina Pinnacle, memaksa 3,820 penghuni turun menyelamatkan diri dari menara 67 tingkatApi marak dari tingkat atas Marina Pinnacle, memaksa 3,820 penghuni turun menyelamatkan diri dari menara 67 tingkat

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Menara Marina Pinnacle terbakar malam 13 Jun di Dubai Marina
• 3,820 penghuni dipindahkan, tiada kecederaan dilaporkan
• Punca kebakaran masih dalam siasatan, api berjaya dipadam awal pagi 14 Jun

Lebih 3,800 penghuni sebuah menara pangsapuri tinggi di Dubai Marina terpaksa dipindahkan selepas kebakaran besar berlaku di tingkat atas bangunan Marina Pinnacle pada malam Jumaat. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Kebakaran bermula sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan pada 13 Jun, menyebabkan api dan asap tebal kelihatan dari tingkat atas bangunan 67 tingkat berkenaan. Jabatan Pertahanan Awam Dubai segera melancarkan operasi pemadaman dan menyelamat secara besar-besaran.

Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan. Marina Pinnacle juga dikenali sebagai Tiger Tower menempatkan 764 unit kediaman dan menara ini merupakan salah satu bangunan tertinggi di kawasan Dubai Marina yang padat dengan pelancong dan penduduk asing.

Pihak berkuasa mengesahkan seramai 3,820 penghuni telah dipindahkan dalam masa singkat. Operasi pemadaman mengambil masa hampir enam jam sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya awal pagi 14 Jun.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun terdapat laporan daripada penghuni bahawa sistem penggera kebakaran tidak berfungsi semasa kejadian menyebabkan ramai hanya menyedari kebakaran selepas terlihat asap dan api.

Pihak berkuasa turut menyediakan bantuan penginapan sementara kepada penghuni yang terjejas. Buat masa ini, pihak pemaju bangunan dan penyiasat kebakaran sedang meneliti sama ada terdapat sebarang pelanggaran piawaian keselamatan atau isu teknikal yang menyebabkan kebakaran. – Agensi

Related Posts