'Kau tak perlu over sangat, kenanglah budi warga asing' - Wanita bengang netizen ucap tahniah pada Imigresen - The Reporter

‘Kau tak perlu over sangat, kenanglah budi warga asing’ – Wanita bengang netizen ucap tahniah pada Imigresen

Tular di media sosial video menunjukkan seorang wanita warga Indonesia menyelar tindakan netizen yang mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa yang mengambil tindakan terhadap warga asing yang didapati menyalahi undang-undang.

Wanita berkenaan yang belum diketahui identitinya itu, telah menetap di Malaysia sejak 22 tahun lalu.

Pada pandangannya, rakyat Malaysia tidak menghargai jasa warga asing yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Malah katanya, jika tenaga kerja dari luar yang sanggup bekerja di negara ini, Malaysia tidak akan terurus dan maju.

Tanpa warga asing, rakyat tempatan nak buat kerja 3D?

“Tak semua warga asing menyalahi undang-undang. Kadang-kadang diorang dah buat permit, tapi ditipu oleh ejen. Berapa ejen nak tipu permit, berapa ribu nak kena buat?

“Kau nak ke kerja buat bangunan, korek longkang, kerja panas? Sekarang ni kelapa sawit yang terbengkalai di Pahang tu, kau nak ke buat?

“Tahniah kepada Imigresen lah, itu lah, ini lah. Jangan-jangan kau (netizen) pula bercinta dengan Bangla. Eh kalau orang warga asing tak ada di sini, nak jadi apa? Semua longkang-longkang terbengkalai, semua kelapa sawit terbengkalai.

“Nak ke kerja panas? Mengada-ngade tahniah lah, apa lah,” katanya.

Kenyataannya itu bagaimanapun ditegur oleh netizen di mana sebagai warga asing, mereka perlu mematuhi peraturan dan undang-undang Malaysia.

Warganegara tak perlu over sangat ucap tahniah

Tidak berpuas hati dengan teguran itu, wanita berkenaan membidas komen tersebut.

“Warga asing yang tak ada pasport, tinggal melebihi masa memang patut kena tangkap. Cuma cara tu, dah nampak orang salah.. sudah lah. Tak perlu nampak macam diri tu gembira sangat. Kenanglah budi orang itu.

“Memang Polis, Imigresen ada hak untuk tangkap warga asing over stay. Kita tahu, itu kerja dia. Tapi kau bukan orang warga asing, kau diam! Sekurang-kurangnya dia (warga asing) ada berbudi di negara ini.

“Tak perlu nak cakap, ‘Ha kena tangkap, tangkap semua!’ Stop! Biar Imigresen atau Polis buat kerja dia. Mereka lebih tahu.

“Kau yang warganegara, buat kerja sendiri. Tak perlulah nak over sangat itu ini. Kenanglah budi orang itu. Sekurang-kurangnya dia bekerja, berkhidmat dan pernah ada jasa di Malaysia,” ujarnya.

Kelantangan wanita itu mengundang kemarahan netizen yang menyifatkannya berlagak dan mula naik kepala.

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!