'Kau menyusahkan akak di set' - Ogy Ahmad Daud tegur 2 influencer tak hargai peluang berlakon - The Reporter

‘Kau menyusahkan akak di set’ – Ogy Ahmad Daud tegur 2 influencer tak hargai peluang berlakon

Fauziah Ahmad Daud | Foto: Inspirasi UNIFI TV

Seni lakonan bukan hanya terletak pada ekpresi wajah tetapi cara bagaimana lakonan itu dihayati dari dalam. Kerana itu juga, kita dapat lihat pelakon-pelakon lama sangat menjiwai lakonan sehingga sampai ke hati penonton.

Jika dulu, pelakon diambil melalui uji bakat atau pengalaman di dalam mana-mana pembabitan drama atau filem. Tetapi senario kini berbeza apabila lahirnya ramai pempengaruh atau influencer yang mempunyai ramai pengikut diambil menjadi pelakon.

Jika berbakat dalam lakonan dan mempunyai disiplin, tidak menjadi masalah.

Namun, apa yang dikongsikan oleh pelakon, penyanyi, pengacara, penulis dan penerbit Fauziah Ahmad Daud menerusi satu temu bual dilihat sedikit mengecewakannya.

@inspirasiunifitv

Influencer mana yang buat kak ogy panas ni agak nya ye? Jom saksikan full video di youtube channel Inspirasi. #inspirasiUnifiTV

♬ original sound – Inspirasi.UnifiTV – Inspirasi.UnifiTV

“Saya bercakap dengan dua orang influencer ni, ‘kau menyusahkan kakak di set’. Orang sibuk buat persiapan, dia duk sibuk dengan buat live. Itu sangat biadap.

“Awak tidak menghormati pengarah, menghormati mereka di belakang tabir dan peluang yang diberikan kepada kamu,” katanya.

Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan Ogy juga menyatakan individu yang bercakap secara langsung di telefon bimbit berbeza apabila bercakap di depan kamera.

“Bila di set (penggambaran) awak melakonkan watak orang lain bukan diri awak sendiri.

“Kita tak ada hak untuk tutup rezeki orang tapi kenapa tidak mengambil insiatif untuk menghadirkan diri memasuki apa jua bengkel,” katanya.

Ogy turut menegaskan individu perlu ambil tahu apa itu tanggungjawab sebagai seorang pelakon.

“Tak ada orang yang masuk kelas tujuh hari terus bergelar pelakon,” katanya.

Sumber: Inspirasi unifitv

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!