Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penduduk Kampung Gong Limau, Chukai, Kemaman dikejutkan dengan letupan kuat sekitar jam 4.20 pagi apabila sebuah kabin simpanan dan kanopi jualan bunga api terbakar.
Memetik laporan Kosmo, kebakaran berkenaan menyebabkan kanopi jualan musnah 100 peratus manakala kabin penyimpanan hangus kira-kira 50 peratus.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohamad Hanif Che Khalid. Beliau berkata, 22 anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi untuk mengawal kebakaran.
“Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh 19 minit dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.10 pagi,” katanya.
Beliau memaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku dalam kejadian itu.
Menurut laporan Bernama Radio, pegawai bomba kanan, Muhammad Azizi Abdul Aziz, memaklumkan siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada litar pintas pada pendawaian soket sambungan elektrik.
Anggaran kerugian akibat kejadian itu melebihi RM15,000.
Baca juga:
- Banduan lari dari Penjara Sungai Buloh diberkas semula
- Kerajaan mungkin pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi semakin mencabar
- Isu aurat dalam tahanan: Muslimat PAS gesa penambahbaikan segera
Insiden berkenaan turut tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi rakaman kebakaran tersebut.








