Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 12 | The Reporter

Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 12

Gambar hiasan (A.I)

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Cheras petang kelmarin.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat perumahan berkenaan oleh orang ramai pada 1.52 tengah hari.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat tersebut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang tiba di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan dalam insiden yang berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Ridzuan berkata, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan akan diteruskan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts