Kanak-kanak 11 tahun meninggal dunia dalam tidur akibat serangan jantung - The Reporter

Kanak-kanak 11 tahun meninggal dunia dalam tidur akibat serangan jantung

kanak-kanak meninggal dalam tidur

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Matilda Pritchard, meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung. Keluarganya tidak menyedari bahawa dia mempunyai masalah jantung yang jarang ditemui.

Pada pagi 3 April 2024, ibu bapa Matilda menemui anak mereka tidak bernyawa di atas katil di rumah mereka di Pudsey, England. Paramedik yang tiba untuk membantu cuba menyelamatkannya, tetapi tidak berjaya.

Menurut bapanya, Steve Pritchard, 43, berkata Matilda kelihatan sihat dan tidur seperti biasa pada malam sebelumnya.

Selepas kematiannya, mereka dimaklumkan Matilda menghidap penyakit jantung yang dikenali sebagai arrhythmogenic right ventricular cardiomyopathy (ARVD). Penyakit ini menyebabkan tisu lemak atau berserat menggantikan otot jantung yang rosak, membuatkan jantung menjadi lemah dan mengganggu aliran darah.

Menurut Cleveland Clinic, ARVD mempunyai risiko tinggi menyebabkan gangguan irama jantung yang tidak normal dan boleh membawa maut, terutama bagi orang muda. Malah, kematian mengejut kadangkala menjadi tanda pertama seseorang menghidap penyakit ini.

Jika dikesan lebih awal, rawatan seperti ubat pencair darah boleh membantu mengawal penyakit ini. Namun, tanpa diagnosis, ARVD dikaitkan dengan 11% kematian mendadak akibat masalah jantung dan 22% kematian mengejut dalam kalangan atlet di bawah usia 35 tahun.

Walaupun Matilda sudah tiada, keluarganya meneruskan impian Matilda untuk menjaga alam sekitar. Matildas semasa hidup sering memungut sampah di taman-taman sekitar Pudsey, dan kini mereka menjalankan kutipan dana atas namanya untuk projek Eco-Schools di UK.

“Dana yang dikumpul akan membantu mendidik generasi baru agar lebih prihatin terhadap alam sekitar seperti Matilda. Ia sangat menyedihkan bagi kami,” kata Pritchard, “tapi kami berharap dapat merealisasikan impian Matilda untuk dunia yang bersih tanpa sampah,” ujar keluarga Pritchard. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!