Kanak-Kanak 10 tahun dikesan pandu kereta, babitkan kemalangan 2 kenderaan lain - The Reporter

Kanak-Kanak 10 tahun dikesan pandu kereta, babitkan kemalangan 2 kenderaan lain

Sumber Gambar: Buletin TV3

Satu kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban pada Selasa.

Kemalangan dilaporkan berpunca daripada kenderaan jenis Toyota Corolla yang dipandu oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terbabas ketika melalui selekoh dan berlanggar dengan sebuah van yang diparkir di bahu jalan sebelum van berkenaan menggelongsor ke depan dan terlanggar kereta jenis Perodua Kancil.

Bersama kanak-kanak berkenaan juga merupakan jirannya yang berusia Sembilan tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din, kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, beliau menasihati ibu bapa supaya memerhati dan memantau tindakan anak-anak di Bawah jagaan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

“Tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan.

“Jika pesalah adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan diambil tindakan,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!