'Kami sudah selesai dengan baik' - Hafidz Roshdi sah ceraikan isterinya dengan talak satu pada Februari lalu - The Reporter

‘Kami sudah selesai dengan baik’ – Hafidz Roshdi sah ceraikan isterinya dengan talak satu pada Februari lalu

Sumber gambar: Afiq Razali (Kosmo!), Faiz Anuar (Harian Metro)

Mahkamah Rendah Syarie Shah Alam mengesahkan, pelakon Hafidz Roshdi telah bercerai dengan Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu pada Februari 2023.

Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin berkata, keputusan itu dibuat selepas mendengar permohonan Hafidz, keterangan semua pihak dan mahkamah mendapati lafaz cerai yang dibuat secara lisan oleh Hafidz pada jam 11.40 malam 22 Februari 2023 adalah sah mengikut hukum syarak.

Bagaimanapun, lafaz yang didakwa dilakukan pada jam 12.59 tengah hari, 22 Januari 2023, tidak dijatuhkan talak kerana tidak memenuhi syarak.

“Saya bersyukur kami sudah selesai dengan baik yang mana saya hari ini sudah bercerai talak satu.

“Kami selesai cara baik dan tiada pergaduhan. Saya menghormati keputusan hakim dan saya berpuas hati serta gembira,” kata Hafidz ketika ditemui media.

Sementara itu, Nurul Shuhada turut meluahkan rasa lega kerana beban yang dipikulnya selama ini akhirnya sudah berakhir.

“Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Saya merasakan seperti Allah sudah angkat satu beban.

“Terima kasih Allah, saya perlu kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain dan hanya bergantung pada Allah sahaja,” katanya.

Menurut Shuhada, dia kini akan memberikan fokus yang lebih kepada kehidupannya bersama anak-anak, termasuk mengejar keinginannya yang mahu sambung belajar.

Sumber: Sinar Harian, Gempakz

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!