Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah menyerahkan sejumlah RM40,000 hasil sokongan pembeli kepada pelakon Azar Azmi.
Menurut Aliff Syukri, jumlah berkenaan merupakan hasil sumbangan masyarakat yang menyokong inisiatif yang dijalankan bersama.
“Saya bagi terus.Sebenarnya, bukti kita dah sampaikan amanat rakyat Malaysia kepada awak. Saya wakil je tahu. Ini semua duit anda yang support Azar. Saya bagi terus.
“Walaupun kecil RM40,000 tapi besar untuk orang yang memerlukan. Terima kasih kepada anda yang membeli. Walaupun RM5, ia bermakna untuk seorang yang memerlukan,” katanya.
Walaupun begitu, Azar menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah untuk melangsaikan hutang terlebih dahulu demi memastikan kestabilan kewangan serta tidak membebankan keluarga pada masa hadapan.
“Saya perlu selesaikan hutang dahulu. Saya tak mahu tinggalkan beban kepada anak-anak,” antara yang dikongsikan beliau dalam kenyataan tersebut.
Baca juga:
- Zynakal luah rasa kecewa isu lagu AI, harap karya artis tempatan lebih dihargai
- Izreen Azminda syukur, pertikaian dengan Intan Salleh berakhir secara damai
- Amira Othman umum hamil 30 minggu

Dalam pada itu, isteri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut menzahirkan rasa syukur dan memuji keprihatinan rakyat Malaysia yang terlibat dalam menyumbang.
“Allahuakbar, mulianya hati rakyat Malaysia. Korang semua kaya dengan belas ihsan, budi pekerti. Yang membantu Azar Azmi ini bukan mama dengan papa, tapi korang semua yang berhati mulia. Kami ni orang tengah sahaja. Semoga Allah memberkati kita semua dalam urusan dunia dan akhirat,” katanya.
Shahida turut menegaskan bahawa setiap sumbangan, walaupun kecil, memberi makna besar kepada mereka yang memerlukan, serta mendoakan agar para penyumbang diberkati dalam kehidupan seharian.








