Semalam, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kekesalannya berhubung tindakan seorang pereka dalaman yang mengkritik rumahnya secara berlebihan di media sosial.
Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Aliff menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita terbabit. Namun tidak dijelaskan apa tuntutan yang akan dikemukakan oleh peguamnya kepada wanita itu.
Tidak menunggu lama, pereka dalaman berkenaan yang dikenali sebagai Filla Ismail, tampil memohon maaf kepada Aliff.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun TikToknya, Filla menjelaskan video yang dimuat naik sebelum ini hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak bermaksud untuk mengkritik atau membuat kenyataan fitnah terhadap Aliff atau mana-mana individu lain.
“Dalam semangat profesionalisme dan penghormatan kepada rakan sekerja dalam industri yang sama, kami ingin memohon maaf jika pendapat atau komen kami dalam video tersebut telah menyebabkan sebarang kesulitan atau kerosakkan kepada Aliff Syukri atau Ident_3 (pereka dalaman kediaman Aliff) secara peribadi.
“Kami telah mengambil inisiatif untuk menarik balik video tersebut untuk mengekalkan profesionalisme antara kami dan menghentikan penyebaran maklumat yang menyesatkan mengenai isu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Filla turut berharap dapat bertemu dengan Aliff secara peribadi untuk membincangkan perkara tersebut.
Sementara itu dalam kenyataan terkini Aliff berkata, beliau bersedia berjumpa dengan Filla.
“Jumpa saya esok. Emm, malas saya nak layan manusia jenis macam ni. Janganlah sebut nama saya. Apa perasaan saya? Apa perasaan Interior Designer yang buat rumah saya?
“Dia (Filla) tak fikir ke? Dialah yang terpaling cantik, dialah yang terpaling Interior Designer,” katanya.
Sumber: TikTok Filla Ismail, IG Aliff Syukri