Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kisah dan pengalaman saya ini berlaku pada tahun 2013 di pusat beli-belah, Mid Valley. Dalam jam dua pagi, saya baru saja selesai menonton filem The Conjuring, American supernatural horror film yang diarahkan oleh James Wan.
Saya pun apa lagi, terus melarikan diri dengan segala kudrat yang ada. Tahu-tahu saya sudah berada di luar premis Starbuck. Kemudian datang seorang pengawal keselamatan warga asing (Myanmar) bertanya kenapa saya berlari?
![]() |
| Gambar hiasan |
Saya yakin, dua wanita yang saya jumpa itu bukan manusia. Saya sangat yakin. Ngeri siot!
Dua makhluk berkenaan tak adalah berpakaian sari ke apa. Baju zaman-zaman 90-an begitu. Seorang berbadan gemuk, dan seorang lagi saiz biasa. Mungkin yang jenis bunuh diri di kawasan itu agaknya. Wallahualam.
Sekarang tak tahulah sama ada dua makhluk itu masih ada di sana atau tidak. Kalau tanya pengawal keselamatan yang bekerja di pusat beli-belah itu, rasanya mereka tahu.
Mid Valley memang keras, spooky. Yang jenis tengok filem larut malam itu, janganlah pergi seorang diri. Kalau boleh, biarlah berteman. Kalau sesat, sekurang-kurangnya ada teman.
Yang kes saya, mujur Allah melindungi saya dan memang rezeki saya selamat pada masa itu. Kuasa Allah kuasa Maha Agung. Kalau Dia tak izin, maka takkan dapatnya celaka/bala ke atas makhluk Dia. Semuanya atas Kun Faya KunNya.










