Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Hasrat seorang individu untuk membuat kejutan hari jadi untuk rakan sekerjanya tidak kesampaian apabila pekerja kedai kek merosakkan perancangannya.
Difahamkan, pada jam 6:34 petang, pengadu bergegas pergi ke sebuah kedai minyak di Pekan Pendang untuk membeli kek.
Setibanya di kedai, pengadu membuat pesanan kek. Selesai membuat pilihan bentuk kek dan perisa, dia menulis pesanan khas pada resit kosong, “Happy Birthday Yuri Sumandak Sabah 16/12/23”.
Namun, pekerja yang bertugas kelihatan bingung dan bertanya kepada rakan sekerjanya, “Tulis macam mana ni wei? Aku tak reti”. Rakannya menjawab, “Tulis2 p la… hang jangan conteng sudah. Kesian kat orang.”
Perbualan dua pekerja itu membuatkan pengadu berasa kurang selesa. Namun dia tetap menunggu kek itu disiapkan dan membawanya pulang untuk meraikan hari jadi rakan sekerjanya.
Namun, apabila dia membuka kek tersebut, dia terkejut dengan tulisan yang dibuat. Hasilnya sangat mengecewakan dan tidak profesional.
“Apa yang saya dapat, ‘Yuri 16.12 Suman’ like what??? Kalau tak tahu tulis, tak payah tulis. Bagitau je terus daripada bagi hasil yang mengecewakan macam ni,” katanya.
Jelas pengadu, dia tidak mempunyai pilihan lain selain membeli kek dari kedai minyak tersebut kerana ia adalah kedai yang paling dekat dengan tempat kerjanya.
Walaupun kecewa, pengadu menjelaskan dia hanya sekadar berkongsi mengenai pengalamannya yang mengecewakan itu dengan harapan orang lain mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.
Sumber: Facebook